jurnal

jurnal

19 November 2014

Pengenalan Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia  (PKPMP) menempatkan koleksi bahan-bahan yang terdiri daripada terbitan dalam bidang perundangan dan kehakiman. Antaranya adalah :


STATUT DAN PERUNDANGAN

Koleksi ini meliputi akta, pindaan akta, ordinan, peraturan, enakmen, warta kerajaan dan perbahasan parlimen serta pekeliling perkhidmatan awam.



ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN

Merupakan rumusan keputusan penghakiman sesuatu kes mahkamah yang dibuat oleh YAA/YA Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaysia.



LAPORAN DAN JURNAL UNDANG-UNDANG

Terdiri daripada koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan dan tidak dilaporkan. Laporan ini terdiri daripada kes-kes daripada All Malaysian Reports (AMR), Current Law Journal (CLJ), Malayan Cases, Malaya Law Review (MLR) dan lain-lain serta laporan dan jurnal undang-undang dari negara-negara Komanwel seperti All India Report (AIR) , All England Reports (AER) , Criminal Law Journal (CrLJ) , Commenwealth Law Report (CLR)  dan lain-lain.



MONOGRAF

Koleksi utama bagi monograf/buku-buku adalah dalam bidang perundangan dan terdapat juga koleksi umum seperti ekonomi, pengurusan, perhubungan awam dan latihan untuk rujukan dan pinjaman.



TERBITAN-TERBITAN LAIN

Terbitan-terbitan lain yang diperolehi secara hadiah dan sumbangan adalah terbitan-terbitan dari jabatan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, institusi dalam dan luar negeri.



KOLEKSI MAJALAH/MAKALAH

Meliputi majalah-majalah antarabangsa dan dalam negara seperti Personal Money, pc World, Asian Defence Journal dan lain-lain.



KOLEKSI ARTIKEL SURATKHABAR

Meliputi artikel daripada suratkhabar berhubung dengan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas termasuk kes-kes mahkamah.



Sebarang Pertanyaan atau cadangan boleh dikemukakan : 

Perpustakaan
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman Aras 1, Presint 3
62506 Putrajaya

Tel: 03-88804124 / 4126 / 4130 / 4128 / 4108
Faks: 03-88804125
Email: library.ik@kehakiman.gov.my
Facebook :Perpustakaan Mahkamah Persekutuan Malaysia
Twitter : @librarypoj