jurnal

jurnal

23 April 2015

Program : Jom Baca Bersama untuk 10 Minit






Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Semalam bersamaan 23 April 2015 telah berlangsungnya program Jom Baca Bersama untuk 10 minit diseluruh Perpustakaan di Malaysia. Kami turut mengambil peluang untuk membaca selama sepuluh minit. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan bertujuan untuk mendorong rakyat malaysia untuk membaca walaupun hanya dalam masa 10 minit sahaja.







1 April 2015

G.S.T (Goods Service Tax)


Asslammualaikum dan salam 1 Malaysia,

Seperti yang kita tahu hari ini bersamaan 1 April 2015 bermulalah penggunaan G.S.T terhadap barang-barang tertentu, tidak semua barang di caskan GST. Contoh salah satunya adalah buku bacaan, rujukan, islamik dan banyak lagi.
Mari kita kaji sikit apa itu GST:
Apa itu GST?
        GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau cukai Nilai Tambah. Ia bukannya Penambahan lagi cukai sedia ada oleh kerajaan ke atas cukai.

 Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil
Negara-Negara ASEAN
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
2
Filipina
1988
10%
3
Kemboja
1999
10%
4
Laos
2009
10%
5
Singapura
1999
7%
6
Thailand
1992
10%
7
Vietnam
1999
10%
8
Malaysia
2015
6%
9
Brunei
-
-
10
Myanmar
(Dalam kajian)
(Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx



Apa yang dikenakan Cukai GST dan apa yang Tidak?

Mari kita lihat senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
Barang makanan asas
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
Perkhidmatan pengangkutan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih

Ini Antara Barang Yang Dikecualikan GST

Keratan Akhbar The Star 28 March 2015
Keratan Akhbar New Straits Times 29 March 2015
Keratan Akhbar Utusan Malaysia 29 March 2015
Keratan Akhbar Utusan Malaysia 29 March 2015

itu sahaja selingan atau penjelasan pendek tentang GST. Jika anda mahu lebih tahu lagi sila layari laman sesawang kastam http://www.gst.customs.gov.my/