jurnal

jurnal

16 December 2014

Keratan Akhbar





Keratan Akhbar di Perpustakaan PKPMP terdiri dari kes-kes Jenayah, Rasuah dan Sivil. Keratan Akhbar digunting dan di potong setiap hari kecuali hari pelepasan Am. Setiap Keratan Akhbar di Gunting, Ditampal dan Dijilid untuk disimpan dijadikan rujukan atau semakan untuk Pegawai Kehakiman dan Hakim. Hanya Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The Sun, The Star dan The New Straits Times dijadikan Keratan Akhbar yang disimpan di Perpustakaan PKPMP. Di bawah adalah antara Contoh Keratan Akhbar dipaparkan dan disimpan untuk rujukan dan semakan.





Laman Web Perpustakaan juga ada memaparkan Keratan Akhbar dan hanya memaparkan Keratan Akhbar Harian sahaja.
http://library.kehakiman.gov.my


Jilid Keratan Akhbar menyimpan kesemua Keratan Akhbar yang telah dipotong dan digunting mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
Keratan Akhbar yang dijilid hanya terdapat di Perpustakaan PKPMP sahaja



Keratan Akhbar Harian (Isnin - Jumaat) juga ada ditampal ditempat yang telah kami sediakan di Buletin Keratan Akhbar. boleh dibaca semasa anda berada di perpustakaan PKPMP.
Buletin Keratan Akhbar

Akhbar untuk dibaca turut disediakan di perpustakaan PKPMP bagi pelawat, pengunjung, Pegawai dan semua orang awam yang datang ke Perpustakaan PKPMP.
Antara Akhbar yang sisediakan di Perpustakaan

No comments:

Post a Comment